Wednesday 16 January 2013

Sejarah Rumah :)



INFORMASI

Latar Belakang Pemilik

Pemilik Terkini                    : Pn Hjh Noriah binti Alimat
Umur                                  : 66 Tahun
Bilangan Ahli Keluarga         : 2 orang anak.
Pekerjaan                            : Surirumah
Cara perolehan rumah          : Perwarisan turun temurun.   

Latar belakang rumah

Keluasan Rumah                : 70 square ft. x 55 square  ft.
Keluasan tanah                   : 1 ekar
Usia                                   : 90+ tahun
Anggaran harga rumah        : 1.8 juta
Teknik pemasangan            : Selak dan tanggam. Tidak ada unsur paku.
Jenis kayu                          : Kayu jenak, jati, seraya batu


Rumah yang terletak di Tanjung Rimau ini adalah milik Pn Hjh Noriah binti Alimat. Rumah yang beralamat di Batu 21/1 Bukit Merchat, Kampung Tanjong Rimau, 78000 Alor Gajah,  Melaka, Malaysia. Rumah warisan ini mempunyai keluasan seluas 1 ekar iaitu 24,000 kaki persegi termasuk kawasan persekitaran dalam dan diiluarnya. Rumah ini pada asalnya dibina oleh datuk beliau iaitu Abd Ghani bin Ludin yang merupakan seorang bekas polis dan penghulu di kampung Tanjung Rimau ini. Pn. Hjh Noriah merupakan generasi ketiga yang mewarisi rumah warisan ini. Rumah warisan ini telah berusia lebih kurang 90 tahun.

Lokasi rumah warisan Melaka ini yang strategik iaitu berhampiran dengan A'Famosa Water World patut dikunjungi kerana seni dan nilai rumah yang unik dan menarik. Rumah ini terkenal dengan keunikan tangganya yang sangat menarik dan jarang dijumpai. Malah pelancong asing juga sering mengunjungi rumah ini semata-mata untuk mengambil gambar ukiran tangga tersebut. Tangga yang diperbuat daripada batu marmar ini juga berusia 81 tahun iaitu sejak pembinaannya pada 1932 namun tangga ini masih cantik dan utuh tanpa sebarang kerosakan.

Selain itu, keunikan rumah ini dapat dilihat pada pembinaannya yang menggunakan kayu jenak, kayu jati, dan seraya batu. Rumah ini juga dibina tanpa menggunakan paku.Rumah ini mempunyai 2 tingkat iaitu atas dan bawah.